Dunia

10 Maut, 30 Cedera Akibat Lori Rempuh Orang Awam di New Orleans

Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 30 lagi cedera selepas sebuah lori merempuh sekumpulan orang awam di Bourbon Street, French Quarter, awal pagi tadi, menurut agensi kerajaan bandar itu.

Menurut laporan CBS News, saksi mendakwa lori berkenaan melanggar orang ramai pada kelajuan tinggi sebelum pemandu keluar dan melepaskan tembakan. Polis kemudiannya bertindak balas dengan tembakan balas.

Jurucakap Jabatan Polis New Orleans memaklumkan bahawa kejadian itu dipercayai melibatkan sebuah kenderaan yang merempuh sekumpulan individu. Jumlah kecederaan masih tidak dapat dipastikan, namun kematian telah dilaporkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker