Dunia

1,000 pekerja warga asing Indonesia dihantar pulang oleh JIM

Seramai 1,000 warga dan pekerja migran Indonesia yang ditahan di depot tahanan imigresen sekitar Semenanjung Malaysia telah dihantar pulang ke tanah air melalui Program M, hasil kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Perwakilan Republik Indonesia.

Setakat ini, Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru telah menguruskan pemulangan seramai 3,456 orang, termasuk 232 individu yang dihantar pulang hari ini melalui Terminal Feri Pasir Gudang ke Batam, Indonesia.

Dua kumpulan terlibat dalam penghantaran hari ini, masing-masing terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak, yang sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Kemayan, Pahang serta di JIM Putrajaya.

Warga Indonesia diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang Malaysia dan memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker