Malaysia

1,000 unit Proton e.MAS 7 mula dihantar, 6,000 tempahan bakal direkod

PRO-NET, anak syarikat PROTON yakin model e.MAS 7 bakal mencecah 6,000 jumlah tempahan dalam tempoh terdekat selepas 1,000 unit mula dihantar kepada pengguna setakat Mac.

Ketua Pegawai Eksekutif, Zhang Qiang dalam kenyataan media berkata, pihaknya optimis dengan angka tersebut selepas 4,500 jumlah tempahan diterima setakat ini.

Tawaran nilai berbaloi serta teknologi Peta Pengecasan Langsung yang memberi akses kepada lebih 2,000 stesen pengecasan di seluruh negara menjadi dorongan kepada angka tempahan tersebut.

e.MAS 7 yang kini menguasai 25 peratus bahagian pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan turut mendapat tempat sebagai antara model paling popular dalam segmen EV di Malaysia.

Jelas PRO-NET,  lebih ramai rakyat Malaysia mula menyedari kepentingan peralihan kepada EV bukan sahaja dari segi kelestarian alam sekitar tetapi juga sebagai pilihan yang lebih praktikal.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker