Dunia

10,000 pekerja Panasonic hilang pekerjaan

Panasonic Holdings Corp. mengumumkan pemotongan 10,000 pekerja atau hampir 5% daripada jumlah tenaga kerjanya sebagai langkah penstrukturan semula perniagaan.

Menurut laporan Kyodo, pengurangan itu membabitkan 5,000 pekerja di Jepun dan selebihnya di luar negara, termasuk tawaran skim persaraan awal.

Setakat Mac lalu, Panasonic mempunyai 207,548 pekerja.

Syarikat itu turut mencatat caj penstrukturan semula sebanyak 130 bilion yen (AS$895 juta) dan menjangkakan keuntungan bersih merosot 15.3% tahun fiskal akan datang.

Presiden syarikat, Yuki Kusumi, menyatakan komitmennya untuk membina organisasi lebih produktif dan akan memulangkan 40% daripada gajinya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker