Malaysia

11 Lelaki Ditahan Dalam Serbuan Sabung Ayam di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 24 Mei — Polis menahan 11 lelaki termasuk seorang warga Indonesia dalam satu serbuan berkaitan aktiviti perjudian sabung ayam di Kampung Atas Tol, semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, kesemua suspek berusia antara 32 hingga 56 tahun ditahan ketika sedang leka menyertai sabung ayam di kawasan belakang sebuah rumah kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Beliau memaklumkan serbuan dijalankan hasil risikan Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri.

Turut dirampas dalam serbuan ialah empat ekor ayam sabung, wang tunai berjumlah RM5,823, tali sabung ayam serta sebuah beg yang mengandungi jarum, benang dan balutan perubatan berwarna merah.

“Ujian saringan awal mendapati semua suspek negatif dadah” katanya.

Polis menegaskan tindakan tegas akan terus diambil terhadap kegiatan perjudian dan kekejaman terhadap haiwan yang mencemarkan nilai kemanusiaan serta undang-undang negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker