Malaysia

12 ditahan bagi siasatan pelajar jatuh dari tingkat tiga asrama Sabak Bernam

Seramai 12 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang pelajar Tingkatan Tiga yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama di Sabak Bernam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, seorang daripada mereka dipercayai terlibat secara langsung dalam kejadian tersebut.

Katanya, pihak polis belum lagi kemukakan laporan penuh dan pihaknya dimaklumkan 12 orang ditahan malam itu, dan seorang daripadanya ada kaitan secara langsung.

Beliau menegaskan supaya semua pihak memberi ruang kepada pihak polis untuk jalankan siasatan sambil berharap proses berjalan secara adil.

Terdahulu, media melaporkan mangsa, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, 15, dirawat di Hospital Sungai Buloh akibat kecederaan parah dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama.

Pihak polis kini menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut termasuk aspek keselamatan pelajar, pengurusan asrama serta latar belakang sosial mangsa dan rakan-rakannya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker