Malaysia
122 Individu Ditahan di Pusat Hiburan, 78 Positif Dadah
Polis menahan 122 individu atas pelbagai kesalahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan yang beroperasi melebihi masa di Johor, awal pagi semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, serbuan pada jam 2.30 pagi itu memeriksa 211 individu, dengan 63 lelaki tempatan, empat wanita tempatan, dan 11 wanita warga asing berusia 18 hingga 40 tahun didapati positif dadah seperti methamphetamine, THC, ketamin, dan benzo.
Sebanyak 35 warga asing ditahan untuk siasatan Akta Imigresen, manakala seorang juruwang disiasat di bawah Enakmen Hiburan Negeri Johor.
Lapan individu direman empat hari untuk siasatan Seksyen 12(2) ADB 1952, dan 70 lagi direman dua hari di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.