Dunia

Jumlah angka korban minum arak tiruan di Tamil Nadu, India meningkat dari 13 ke 39

Kuala Lumpur, Jun 20 – Jumlah angka kematian akibat meminum arak tiruan di negeri Tamil Nadu, India meningkat dari 13 ke 39, ia dijangka meningkat sehingga mencetuskan panik dalam kalangan rakyat India.

Menurut sumber media India, difahamkan kematian itu berlaku di daerah Kallakurichi, kira-kira 250km dari ibu negeri Chennai.

Difahamkan kira-kira 50 orang idimana kebanyakan mereka terdiri daripada golongan miskin dengan gaji harian, jatuh sakit selepas meminum arak murah yang dijual dalam pek plastik dan mereka dilaporkan sedang menerima rawatan di hospital.

Susulan itu, ketua menteri negeri, M.K. Stalin berjanji untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam penjualan arak haram itu.

Sementara itu, seramai 22 orang mati akibat arak beracun di daerah Villupuram dan Chengalpattu, Tamil Nadu pada Mei tahun lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker