Malaysia

13 Pegawai Pemeriksa Ditahan SPRM Disyaki Terima Rasuah

SPRM menahan 13 pegawai pemeriksa kenderaan di ibu negara kerana disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat secara rasuah.

Suspek lelaki berusia 20 hingga 40 tahun ditahan semalam dan hari ini ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM.

“Mereka dipercayai menerima rasuah antara RM150 hingga RM1,500 sebulan daripada ejen untuk meluluskan pemeriksaan kenderaan,” kata sumber.

Tangkapan ini susulan penahanan enam pegawai pemeriksa sebelum ini, melibatkan 22 individu setakat ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009, dan semua suspek akan dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas kenyataan dirakam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker