Dunia

13 tentera Pakistan maut dalam serangan pengebom bunuh diri di Waziristan

ISLAMABAD: Seramai 13 anggota tentera Pakistan terbunuh apabila seorang pengebom bunuh diri merempuh konvoi tentera dengan kereta sarat bahan letupan di Mir Ali, Waziristan Utara, berhampiran sempadan Afghanistan.

Menurut kenyataan tentera, tiga orang awam termasuk dua kanak-kanak dan seorang wanita turut cedera parah dalam serangan yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.

Susulan itu, tentera melancarkan operasi balas dan membunuh 14 militan di kawasan berkenaan. Tiada pihak mengaku bertanggungjawab setakat ini.

Tentera Pakistan menuduh militan proksi India sebagai dalang, namun dakwaan itu dinafikan oleh New Delhi. Kabul turut menolak tuduhan Islamabad bahawa militan berpangkalan di Afghanistan bertanggungjawab, sebaliknya menyifatkan isu keselamatan itu sebagai masalah dalaman Pakistan.

Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif mengecam serangan tersebut sebagai tindakan pengecut, manakala Panglima Angkatan Tentera Asim Munir memberi amaran bahawa sebarang ancaman terhadap kestabilan negara akan dibalas dengan tindakan tegas.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker