Baju-T gambar Trump lepas insiden ditembak, dapat sambutan banyak,kurang 3 jam, penjual terima lebih 2,000 pesanan
Kuala Lumpur, Julai 16 – Platform e-dagang di China bertindak menjual baju bercetak gambar bekas presiden Amerika Syarikat Donald Trump selepas insiden beliau ditembak di Pennsylvania Amerika Syarikat baru-baru ini ‘trending’ di media sosial, lapor South China Morning Post.
Difahamkan, platform e-dagang popular Taobao, telah menjual baju-T itu kurang daripada tiga jam selepas kejadian tembakan di
Pennsylvania, kira-kira 6.11 petang waktu tempatan.
Menurut seorang penjual Taobao, dia menjual baju-T itu sebaik sahaja dia membaca berita berkenaan insiden itu dan dalam masa tiga jam, dia menerima lebih 2,000 pesanan dari China dan Amerika Syarikat.
Gambar pada baju-T itu difahamkan, diambil oleh jurugambar ‘Associated Press’, Evan Vucci, sehingga menjadi tular, dan menerima pelbagai komen daripada warga maya.
Foto baju-T Trump, itu turut menjadi viral di aplikasi X, dengan lebih 27,400 “tweet” semula dan juga lebih 200,000 suka.