Malaysia
14 Lelaki Ditahan Kerana Bermain Judi Holo di Taman Seri Binjai

Polis menahan 14 lelaki berusia 34 hingga 62 tahun yang sedang bermain judi holo dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Seri Binjai pada 25 Januari.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, serbuan dilakukan tengah malam oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), dengan rampasan termasuk meja holo, dadu, piring dan mangkuk seramik, 12 kerusi, serta wang tunai RM19,168.
Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan denda hingga RM5,000, penjara maksimum enam bulan, atau kedua-duanya. Semua suspek direman tiga hari untuk siasatan lanjut.