Uncategorized

14 MPV kejar pasangan kekasih sejauh 96km di sekitar Johor Bahru

Aksi kejar-mengejar selama sejam 22 minit melibatkan 14 kenderaan peronda polis (MPV) berakhir dengan penahanan sepasang kekasih yang memandu secara melulu sejauh 96 kilometer di sekitar Johor Bahru, awal pagi Rabu.

Suspek lelaki berusia 36 tahun bersama teman wanitanya dikesan memandu Proton Wira secara mencurigakan sebelum enggan berhenti dan memecut laju, termasuk memandu melawan arus merentasi beberapa lebuh raya utama.

Pasangan itu akhirnya diberkas di Jalan Pesisiran Tanjung Langsat. Pemeriksaan menemui 0.45 gram syabu dan kedua-duanya didapati positif methamphetamine serta memiliki rekod jenayah dan dadah.

Suspek lelaki juga dilaporkan tidak memiliki lesen memandu, manakala cukai jalan kereta telah tamat tempoh.

Kedua-duanya kini direman empat hari dan disiasat di bawah beberapa seksyen berkaitan jenayah, dadah, dan kesalahan jalan raya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker