Malaysia

16 individu dirakam keterangan siasat kehilangan Pamela Ling – Ketua Polis

Siasatan polis berhubung penculikan Datin Seri Pamela Ling Yueh menunjukkan kemungkinan suaminya serta beberapa individu lain terlibat dalam misteri kehilangan wanita itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, bagaimanapun berkata siasatan lanjut masih berjalan dan setakat ini, seramai 16 individu telah dirakam keterangan, termasuk suami mangsa.

Selain mengambil keterangan suaminya yang didapati masih berada di dalam negara, pihak polis turut akan merakam keterangan anaknya yang berada di Singapura.

Berhubung keterangan yang diberikan oleh pemandu e-hailing yang mendakwa individu dipercayai melarikan Pamela di lokasi kejadian memakai uniform dan vest polis.

Razarudin berkata siasatan masih diteruskan untuk menentukan sama ada suspek menyamar sebagai polis atau sememangnya anggota polis yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Sehingga kini, polis masih mengesan keberadaan Pamela yang hilang ketika dalam perjalanan ke pejabat SPRM di Putrajaya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker