16 program berimpak tinggi diluluskan menerusi MITRA

Sebanyak 16 program berimpak tinggi telah diluluskan setakat bulan ini melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), memberi manfaat kepada masyarakat India di negara ini.
Program-program tersebut memfokuskan kepada tiga bidang utama pembangunan masyarakat iaitu pendidikan dan latihan, kerohanian serta kesejahteraan sosial.
Itu semua selari dengan komitmen Kerajaan Madani untuk memperkasa komuniti India secara menyeluruh dan inklusif.
Bagaimanapun, beberapa permohonan lain ditolak kerana bertindih dengan inisiatif sedia ada di bawah kementerian lain seperti Majlis TVET Negara, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan, dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Penyelarasan antara agensi dilihat perlu bagi mengelak pertindihan fungsi serta pembaziran sumber