Dunia
1,700 anggota bomba dikerahkan padam kebakaran terbesar Jepun dalam 30 tahun

Kebakaran terburuk dalam tempoh 30 tahun di Jepun terus merebak pada Isnin sehingga mengakibatkan ribuan penduduk di utara negara itu berpindah keluar.
Kira-kira 2,000 mangsa yang tinggal di kawasan sekitar bandar Ofunato terpaksa berteduh di rumah kenalan terdekat manakala lebih 1,200 lagi ditempatkan di pusat perlindungan sementara.
Kebakaran terbesar sejak tahun 1992 itu setakat ini telah mengorbankan seorang penduduk tempatan dan mengakibatkan kerosakan hampir ratusan bangunan.
Ketika ini, sekitar 1,700 anggota bomba termasuk bantuan udara dari seluruh negara dikerahkan bagi menjalankan operasi pemadaman.