19 individu kerugian RM1.84 juta, terpedaya skim pelaburan mesin minuman
Kuala Lumpur, Jun 23 – Sebanyak 19 individu menjadi mangsa sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM1.84 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan mesin minuman yang ditawarkan sebuah syarikat kononnya bekerjasama dengan sebuah yayasan terkenal.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim, modus operandi pelaburan syarikat terbabit adalah dengan menawarkan mangsa satu pulangan dividen yang lumayan dan beberapa manfaat menarik lain.
Tambah beliau, mangsa tidak pernah dikemukakan sebarang bukti bahawa mesin minuman air layan diri terbabit memang benar-benar wujud atau tidak.
Hishamuddin turut berkata kemungkinan dokumen yang dikemukakan ketika pemasaran skim pelaburan itu berlaku juga tidak wujud.
Mengulas lanjut, berdasarkan keterangan mangsa, katanya, kebanyakan mereka berminat untuk menyertai skim pelaburan itu kerana ingin membuat pendapatan pasif di samping pekerjaan seharian utama mereka.
Selain permasalahan timbul apabila pengadu tidak menerima sebarang pembayaran pulangan atau keuntungan seperti dijanjikan syarikat terbabit dan kemudian mangsa bertindak berhubung dengan ejen pemasaran wakil syarikat, namun tiada jawapan positif yang diberikan.