2 cedera, lori muatan barang besi merempuh belakang treler bawa batu kerikil di PLUS menghala ke Ipoh
Kuala Lumpur, Julai 5 – Dua lelaki cedera selepas lori muatan barang besi yang dinaiki merempuh belakang treler yang membawa batu kerikil di Kilometer (Km) 264 Lebuhraya Utara Selatan, dari pekan Jelapang ke Ipoh, awal pagi tadi.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad kemalangan itu melibatkan sebuah lori 16 tan, yang melanggar belakang sebuah treler jenis Scania dan melibatkan dua orang mangsa.
Katanya, pemandu lori berkenaan cedera dan telah keluar sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian manakala kelindan yang berusia 32 tahun tersepit di bahagian kaki kiri.
Ujarnya lagi, komander operasi membantu mengeluarkan mangsa dan menyerahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia bagi rawatan lanjut dan operasi itu membabitkan itu tamat pada jam 2.39 pagi tadi.