Dunia

2 depoh minyak Tehran diserang Israel; serangan balas Iran ragut 9 nyawa di Israel

TEHRAN: Dua depoh minyak di Tehran diserang Israel awal pagi Ahad, hanya beberapa jam selepas Iran melancarkan gelombang baharu peluru berpandu ke atas Israel.

Menurut Kementerian Minyak Iran, salah satu depoh terletak di Shahran, barat laut Tehran, dan satu lagi di selatan bandar. Depoh di Shahran dilaporkan terbakar susulan serangan itu.

Serangan ini berlaku di tengah konflik memuncak antara kedua-dua negara, yang saling membalas serangan udara dan peluru berpandu sejak tiga hari lalu.

Sementara itu, serangan Iran ke atas Israel mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan nyawa, termasuk empat di Bat Yam dan lima di Tamra. Lebih 100 orang dilaporkan cedera.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker