Malaysia

2 ekor lembu terlepas di lebuh raya LDP

Kuala Lumpur, Jun 17 – Dua ekor lembu ditemu berkeliaran di Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP) awal pagi tadi dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Menurut sumber, beberapa video di media sosial tular, memaparkan dua ekor lembu itu berlari di sepanjang lebuh raya sekitar Kelana Jaya menuju Puchong.

Perkongsian video itu menunjukkan lembu-lembu berkenaan melintasi pembahagi jalan dan melanggar sebuah kenderaan hingga menyebabkan kerosakan kecil di bahagian depan kenderaan terbabit.

Susulan, perkongsian video itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Shahrulnizam Jaa’far @ Ismail berkata pihaknya sedang meneliti kejadian itu kerana tiada laporan polis berkenaan kes itu dilaporkan.

Tambah beliau, pihaknya sedang membuat pengesahan sama ada kumpulan lembu berkenaan merupakan lembu korban sempena sambutan Aidiladha atau sekadar lari daripada pemiliknya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker