Uncategorized

Baby Liya:Pengasuh orang india menjaga anak melayu seperti anak sendiri

Kuala Lumpur, April 7 – Baby Liya atau lebih dikenali sebagai ‘Liya Kutty’ merupakan seorang anak melayu yang dijaga dan diasuh oleh sebuah keluarga orang India sejak dia berusia tiga bulan di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Pengasuhnya, Tiwali Angammah Rajoo yang berusia 62 tahun, berkata beliau menjaga ‘baby Liya’ seperti anaknya sendiri walaupun berbeza agama dan kaum.

Beliau juga berkata, keluarganya juga menganggap ‘baby Liya’ sebagai salah seorang ahli keluargannya sendiri dan akan berbual dalam bahasa Tamil.

Tambahnya, ibu bapa baby Liya turut menganggap Tiwali sebagai ibu sendiri dan sanggup membeli barang keperluan untuk rumahnya dan meluangkan masa bersama beliau setiap kali mereka singgah ke rumah Tiwali.

Tiwali turut berkata ini merupakan contoh perpaduan yang kita dapat di Malaysia dan harus diteladani semua kerana hanya di Malaysia kita boleh hidup aman dan damai tidak kira bangsa dan agama, selain mempelajari adat dan budaya pelbagai bangsa di negara majmuk ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker