Malaysia

Dua maut, 16 cedera nahas bas di Ayer Hitam

Dua lelaki maut manakala 16 yang lain cedera selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan lori tunda jenis Volvo dan lori tangki di Kilometer 80.7 Lebuhraya PLUS arah selatan, Ayer Hitam awal pagi Khamis.
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan (PBK II) Md Isa Masngun, pihaknya bersama BBP Yong Peng bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 12.44 tengah malam.
Jelasnya dalam satu kenyataan pada Khamis, bas berkenaan membawa 46 penumpang terdiri daripada 44 lelaki dan dua wanita.
Didapati dua penumpang lelaki bas berusia 43 dan 44 tahun tersepit dan disahkan maut di tempat kejadian.
Menurut laporan, seramai 14 penumpang lelaki, seorang penumpang wanita serta pemandu bas cedera, sementara selebihnya iaitu 27 penumpang lelaki dan seorang wanita tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya, pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM serta dibantu jentera EMRS bagi rawatan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker