Malaysia
2 Maut dalam Kebakaran Rumah di Kedah

PETALING JAYA:
Dua lelaki ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Alor Setar, Kedah, hari ini.
Pegawai kanan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Azhar Mohamad, berkata identiti mangsa masih belum dikenal pasti.
“Kami menerima panggilan mengenai kebakaran pada jam 6.51 pagi melibatkan rumah kelas A dan tiba di lokasi kira-kira enam minit kemudian,” katanya dalam laporan Bernama.
“Berdasarkan maklumat awal, terdapat tiga mangsa terlibat. Dua lelaki ditemui rebah di dalam rumah manakala seorang lagi lelaki berjaya menyelamatkan diri” katanya.