Uncategorized

2 temu ajal, 3 lagi cedera, kemalang treler-lori di Jalan Utama Bukit Damar, Lancang

Kuala Lumpur, Ogos 28 – Dua warga asing temu ajal manakala tiga
lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan sebuah treler jenis Volvo dan lori jenis Inokom di Jalan Utama Bukit Damar, Lancang.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, pemandu lori Inokom merupakan lelaki warga tempatan yang berusia 28 tahun manakala seorang lagi penumpang lelaki warga Bangladesh berusia 30 tahun mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati lori berkenaan hilang kawalan, terbabas masuk ke laluan bertentangan dan lori treler dari arah hadapan itu tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian hadapan lori Inokom dan kedua-dua kenderaan itu terbabas ke dalam gaung di sebelah kanan jalan sejauh 20 meter.

Susulan itu, dua penumpang lori cedera pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan.

Pemandu treler pula cedera di bahagian tangan sebelah kanan dan bahagian pinggul, kini sedang dirawat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker