Dunia

21 kanak-kanak di Gaza meninggal dunia kerana kebuluran

Sekurang-kurangnya 21 kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan dalam tempoh tiga hari lalu di Gaza, ketika serangan Israel terus berlanjutan tanpa henti.

Lebih dua juta penduduk di wilayah itu kini berdepan krisis kemanusiaan yang kritikal, dengan kekurangan makanan dan bekalan asas.

Pengarah Kompleks Perubatan Al-Shifa memberi amaran kematian akibat kebuluran dijangka meningkat sekiranya tiada tindakan segera diambil.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menyifatkan situasi di Gaza sebagai ‘pertunjukan seram’ ekoran kadar kematian dan kemusnahan yang semakin meningkat.

Selepas rundingan gencatan senjata gagal, Israel menyekat sepenuhnya kemasukan bantuan ke Gaza bermula 2 Mac, sebelum trak bantuan dibenarkan masuk semula hujung Mei lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker