Malaysia

22 Pegawai Imigresen Dipanggil Bantu Siasatan Sindiket Visa Perubatan

PETALING JAYA:
Sebanyak 22 pegawai imigresen telah dipanggil oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi membantu siasatan berhubung sindiket visa perubatan yang didakwa beroperasi secara haram.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata Jabatan Imigresen memberikan kerjasama penuh dengan menyediakan dokumen dan maklumat yang diperlukan.

“Jabatan Imigresen akan mengambil tindakan dan tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang terlibat dalam salah laku.

“Kementerian Dalam Negeri memandang serius isu ini dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran integriti oleh pegawai,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Alias Razak (PN-Kuala Nerus) yang bertanya mengenai perkembangan terkini kes itu.

Pada Oktober tahun lalu, EAIC dilaporkan telah merampas 156 fail permohonan pas lawatan sosial sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap sindiket yang disyaki membantu kemasukan warga asing secara haram dengan menyalahgunakan visa perubatan.

Namun, selepas memasuki negara ini, mereka dilaporkan menghilangkan diri selama beberapa tahun untuk bekerja secara tidak sah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker