Malaysia
25 kereta SUV diserahkan kepada mangsa, termasuk RM100 duit minyak

Sebanyak 25 buah kereta Chery diserahkan kepada mangsa letupan gas di Putra Heights untuk kegunaan sementara selama sebulan, dengan baki 25 lagi akan diserahkan selewat-lewatnya Isnin depan.
Inisiatif ini bertujuan membantu mangsa menghadapi kekangan pengangkutan menjelang sesi persekolahan dan kerja.
Setiap penerima turut menerima RM100 wang petrol, manakala Chery Malaysia menyumbang RM50,000 kepada Masjid Putra Heights yang dijadikan pusat pemindahan sementara.
Sehingga kini, 112 permohonan kenderaan diterima daripada mangsa dan lebih 200 tawaran bantuan kenderaan diterima daripada pihak korporat.