25 terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pisang, Selayang, berjaya diselamatkan
Kuala Lumpur, Ogos 12 – Seramai 25 orang dilapor terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pisang, Selayang,kira-kira 1.30 tengah hari semalam.
Kesemua mangsa bagaimanapun berjaya dibawa keluar ke kawasan selamat oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya mendapati seramai 25 orang mangsa terperangkap di kepala air iaitu di terowong sungai dan kerja-kerja membawa keluar mangsa telah dilakukan.
Difahamkan, operasi menyelamat mangsa terdiri daripada 20 warga tempatan dan lima warga Indonesia, iaitu dalam lingkungan umur 20 hingga 40 tahun, telah selesai.
Mereka kesemua dikatakan sedang beriadah dan dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala Karak menggunakan sungai itu dan terperangkap di terowong sungai berkenaan.