HiburanMalaysia
Trending

Abang sanggup tunggang motor bersama adik dari Melaka ke Kedah demi mendaftarkan adiknya ke universiti

Kuala Lumpur, Okt 3 – Air dicincang tidak akan diputus, walau apapun berlaku antara adik beradik, ikatan mereka tetap akan kuat.

Seperti itu, baru-baru ini, satu posting daripada Universiti Utara Malaysia(UUM) tular menyentuh hati orang ramai, yang memaparkan seorang abang sangup menunggang motorsikal dari Melaka ke Kedah, bersama adiknya demi mendaftar masuk adiknya ke universiti berkenaan.

Adiknya yang berusia 21 tahun,Ee Tai Zhi, merupakan pelajar baharu yang mendaftar masuk ke universiti itu, bersama abangnya seorang penjual buah-buahan, Ee Tai Qing

Tai Qing, berusia 27 tahun, menaiki motosikal dari Sungai Udang, Melaka ke UUM Sintok sejak dua hari lalu dan pada pagi semalam,
mereka tiba di Bangunan Canselori, disantuni Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed.

Adiknya Tai Zhi berusia 21 tahun akan mengikuti Program Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti dan berjanji untuk memberi fokus apabila kuliah bermula.

Perkongsian itu menerima pelbagai komen netizen yang memuji pendirian abangnya yang sanggup bawa adik naik motor tidak kira jauh, dan ramai turut meminta adiknya itu untuk sentiasa mengenang budi abang dia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker