Dunia

26 maut dalam serangan pelancong di Kashmir, tiada rakyat Malaysia terlibat

Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam serangan bersenjata ke atas pelancong di Kashmir yang kini mengorbankan seramai 26 mangsa.

Setakat ini, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan berdarah di kawasan pelancongan Pahalgam itu.

Namun pihak berkuasa mengaitkan kumpulan pemberontak yang menuntut kemerdekaan atau penyatuan dengan Pakistan sejak 1989 sebagai dalang utama.

Insiden berlaku sehari selepas Perdana Menteri, Narendra Modi bertemu Naib Presiden Amerika Syarikat, JD Vance yang melakukan lawatan rasmi selama empat hari ke India.

Kashmir, khususnya kawasan Pahalgam, merupakan antara destinasi pelancongan popular di India yang sering dikunjungi pelancong antarabangsa termasuk dari Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker