EksklusifMalaysia

260 majikan hantar petisyen buka semula kaunter urusan RTK 2.0, Akibat kerugian ratusan ribu

Kuala Lumpur, Ogos 27 – Seramai 260 majikan telah menghantar petisyen kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membuka semula urusan kaunter bayaran dan kaunter serahan pasport bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0.

Difahamkan permohonan permit pekerja warga asing majikan-majikan yang terjejas telah dibatalkan dan menyebabkan mereka mengalami kerugian hingga ratusan ribu ringgit.

Majikan Raf Empire Sdn Bhd, Shahputra maruan berusia 42 tahun yang juga merupakan wakil kepada 260 majikan itu berkata, antara isu yang dihadapi oleh mereka ialah pembatalan status lulus dalam sistem RTK2.0 dimana majikan yang telah membuat bayaran dengan status lulus telah dibatalkan secara serta merta menyebabkan mereka kerugian yang terlampau.

”Antara isu yang kami hadapi ialah kelulusan kuota RTK2.0 di saat akhir, dimana majikan terpaksa harungi tekanan untuk melengkapi syarat-syarat bagi tujuan serahan pasport pekerja pada saat akhir,”katanya pada sidang media yang berlangsung di sebuah dewan bertempat Putrajaya.

Sementara itu, seorang lagi majikan, daripada MH star empire, Hasidah Ahmad berkata, pihaknya terpaksa menampung kerugian yang banyak susulan mengeluarkan kos perbelanjaan, pasport, fomema, Insurans, Levi dan banyak lagi untuk memastikan pekerja warga asingbekerja di Malaysia dengan dokumen-dokumen yang sah.

Susulan itu, pihaknya memohon Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan dan Menterin KDN Datuk Seri Saifuddin Nasution untuk mempertimbangkan rayuan pembukaan semula urusan RTK 2.0 demi keselamat serta kelancaran ekonomi negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker