28 pelajar sekolah di Kedah menerima jangkitan influenza -KKM

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda, Kedah mengesan kluster Influenza-Like-Ilness (ILI) dalam kalangan pelajar institusi pendidikan di daerah itu pada 23 April.
Ia melibatkan 28 kes daripada 158 pelajar yang terdedah dengan kadar serangan 17.7% yang mana enam daripada 28 kes telah disahkan positif Influenza A dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
Kesemuanya sudah dibenarkan pulang ke rumah manakala 22 pelajar yang bergejala ILI telah menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Menurut kenyataan itu lagi, pada 23 April 2025, PKD Kuala Muda juga telah menerima notifikasi kejadian seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun dari institusi pendidikan yang sama.
Manakala seorang lagi kakitangan daripada institusi pendidikan yang sama mengalami gejala demam, kelesuan, batuk, dan sakit badan sejak 17 April 2025.
Kedua-dua kes ini telah dimasukkan ke wad di Hospital Sultan Abdul Halim dan berada dalam keadaan stabil dan punca jangkitan untuk kedua-dua kes masih dalam siasatan.