Malaysia

Polis sedang siasat bunyi dentuman kuat di Ipoh mengeggarkan penduduk setempat

Kuala Lumpur, Oct 23 – Baru-baru ini tular di media sosial yang membuat penduduk di Ipoh masih tertanya-tanya punca bunyi dentuman misteri yang mengegarkan penduduk setempat di situ.

Susulan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pihaknya telah menerima maklumat mengenai dentuman bunyi kuat itu, dan masih belum dapat mengenal pasti punca kejadian.

Katanya, sejak insiden itu, pemeriksaan telah dibuat dengan pelbagai syarikat, agensi dan badan kerajaan untuk menentukan punca bunyi tersebut.

Pihaknya telah berusaha memeriksa dengan Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta, Pejabat Tanah dan Galian serta Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai kemungkinan letupan dan kejadian seismik yang boleh menghasilkan bunyi kuat itu

Mengulas beliau berkata polis akan menyiasat secara terperinci sebelum mengemas kini kepada media dalam masa terdekat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker