Malaysia

JIM Kuala Lumpur tahan 11 warga asing, tawar khidmat GRO

Kuala Lumpur, Oct 25 – Seramai 11 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur di sebuah pusat hiburan eksklusif di Ibu Kota, oleh warga Korea Selatan yang beroperasi tanpa lesen sah.

Pengarahnya, Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata menerusi serbuah yang dilakukan awal pagi tadi, pihaknya mendapati pusat hiburan terbabit beroperasi sebagai restoran menawarkan khidmat pelayan wanita GRO dengan harga antara RM300 hingga RM500 bagi tempoh tiga jam.

Katanya,enam lelaki dan lima perempuan warga Kotea Selatan berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan termasuk ditahan seorang wanita berperanan sebagai pengurus premis berkenaan

Dalam serbuan itu, JIM terpaksa memecahkan pintu premis berkenaan selepas pengurusan premis enggan membuka pintu ketika diminta berbuat demikian.

Mengulas beliau berkata, operasi itu dilaksanakan selepas risikan selama dua minggu dan kesemua ditahan dibawa ke Depoh Imigresen Bukit Jalil, untuk siasatan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker