Malaysia

3 deret kedai termasuk bengkel musnah dijilat api, Teluk Intan – Bomba

Kuala Lumpur, Ogos 6 -Tiga deret kedai termasuk bengkel musnah dalam kejadian kebakaran berhampiran Grand Court, Jalan Maharajalela Teluk Intan,Perak awal pagi tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kebakaran itu berlaku pada jam 4.20 pagi, membabitkan bengkel motosikal, bengkel cat kereta serta kedai minuman.

Katanya, bengkel motosikal kelas C terbakar sebanyak 90 peratus yang melibatkan anggaran 50 buah motosikal dan kedai minuman kelas C pula terbakar 90 peratus manakala bengkel cat kereta kelas C terbakar 90 peratus yang turut melibatkan sebuah kereta Honda Accord musnah terbakar 70 peratus.

Kebakaran itu tidak melibatkan nyawa dan pihaknya
membuat size up dan mengaplikasikan konsep RECEO, seterusnya mengarahkan anggota membuat pemadaman dengan menggunakan sumber air dari pili bomba.

Operasi ditamat sepenuhnya pada jam 6.39 pagi yang melibatkan 16 orang terdiri daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Hutan Melintang, Pasukan Bomba Sukarela Teluk Intan, Batu 12 dan Langkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker