3 lelaki ditahan termasuk remaja 15 tahun, disyaki rogol remaja perempuan dilapor hilang di Tawau,Sabah
Kuala Lumpur, Ogos 28 – Polis Tawau menahan tiga lelaki termasuk remaja 15 tahun disyaki merogol remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu sebelum ditemui selamat di Kampung Jawa, Jalan Tengku Osman,di Tawau, Sabah.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, mangsa mendedahkan dia dirogol oleh tiga lelaki yang dikenalinya.
Katanya, selain remaja lelaki, dua lagi suspek masing-masing berumur 29 tahun ditahan di sekitar daerah itu, lewat malam tadi.
Ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 4 September depan untuk siasatan.
Mengulas Jasmin berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.
Terdahulu, media laporkan kehilangan pelajar tingkatan tiga, apabila dia tidak pulang ke rumah sehingga lewat petang pada Jumaat lalu.