Malaysia
3 penyampai Era FM selesai beri keterangan di Bukit Aman

Tiga penyampai radio Era, Nabil Ahmad, Radin, dan Azad Jasmin bersama tiga lagi kakitangan radio selesai memberi keterangan di Bukit Aman sekitar 1.10 tengah hari Rabu berhubung siasatan dakwaan mempersenda upacara agama Hindu.
Mereka tiba pada 10.30 pagi dan disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Kes itu tercetus selepas laporan dibuat seorang jurutera yang mendakwa video tular menunjukkan individu dari stesen radio itu mempersenda tarian kavadi sambil menyebut “Vel Vel”.
Video berkenaan telah dipadam dari media sosial selepas menerima kecaman ramai, dan ekoran itu penyampai terbabit telah tampil memohon maaf.