Malaysia

36.2% Ahli KWSP Capai Simpanan Asas Persaraan

Kementerian Kewangan (MOF) melaporkan 2.65 juta atau 36.2% daripada 7.33 juta ahli aktif formal KWSP berusia 18 hingga 55 tahun telah mencapai simpanan asas mengikut umur setakat 30 Oktober. Ini menunjukkan peningkatan berbanding 2.21 juta ahli pada Disember 2022.

MOF menyatakan simpanan persaraan tidak mencukupi disebabkan struktur gaji rendah, pengeluaran penuh pada umur 55 tahun yang tidak selaras dengan umur persaraan, caruman tidak konsisten, dan kesedaran kewangan yang rendah.

Simpanan asas KWSP bertujuan memastikan ahli memiliki minimum RM240,000 pada umur 55, dengan anggaran purata pengeluaran bulanan sebanyak RM1,697 sepanjang 20 tahun persaraan. Ini termasuk kesan gandaan dividen tahunan yang meningkatkan nilai pengeluaran hingga RM2,728 pada umur 75 tahun.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker