Malaysia
42 Pemandu dan penumpang bas selamat, selepas rempuh belakang treler di PLUS arah utara
Kuala Lumpur, Nov 9 – Seramai 42 orang penumpang, termasuk pemandu sebuah bas persiaran terselamat, selepas merempuh belakang sebuah treler di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara, Gopeng, awal pagi tadi.
Difahamkan, hanya empat penumpang bas mengalami kecederaan ringan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, bas tersebut membawa rombongan dari Melaka ke Kedah.
Katanya, pemandu treler turut terselamat dan kesemua mangsa yang berada dalam bas berjaya keluar dengan sendiri sebelum pihak bomba tiba ke lokasi kejadian.
Mengulas beliau berkata, kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan operasi tamat kira-kira jam 5 pagi tadi.