Malaysia

440 kakitangan profesional KKM hijrah ke luar negara demi gaji lumayan  

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, memaklumkan seramai 440 tenaga profesional Kementerian Kesihatan (KKM) berhijrah ke luar negara antara 2020 hingga 2024.

Perpindahan yang melibatkan lima pakar perubatan, 54 pegawai perubatan dan 381 jururawat ini didorong oleh tawaran gaji lebih tinggi di negara maju serta kadar tukaran asing yang menguntungkan.

Dr Dzulkefly menjelaskan isu penghijrahan tenaga profesional bukan perkara baru dan turut berlaku di negara membangun lain.

Untuk mengekang masalah ini, KKM melaksanakan pelbagai inisiatif seperti pengambilan berterusan petugas kesihatan, pewartaan 4,776 pakar perubatan, pelantikan tetap 13,349 pegawai perubatan kontrak dan 8,121 jururawat baharu sejak 2020.

Selain itu, kerajaan turut meluluskan pelarasan gaji penjawat awam dengan kenaikan lapan peratus pada 1 Disember 2024 dan tujuh peratus lagi pada 1 Januari 2026.

KKM juga mengadakan sesi libat urus bersama agensi pusat bagi menambah baik insentif dan manfaat kepada petugas kesihatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker