5 ekor gajah mati termakan racun di Kampung Sri Timur, Kluang, Johor
Kuala Lumpur,Jun 1 – Lima ekor gajah ditemui mati berhampiran Felda Kahang Timur dipercayai termakan racun di kebun buah-buahan penduduk Kampung Sri Timur, Kluang, Johor, pagi tadi.
Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Aminuddin Jamin kejadian itu masih dalam siasatan, susulan penemuan bangkai gajah mula tular dalam aplikasi WhatsApp dan Facebook awal pagi tadi selepas disebarkan oleh seorang penduduk setempat.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon berkata, pihaknya akan mengarahkan Perhilitan Johor untuk membuat siasatan segera.
Sebelum ini, media laporkan Perhilitan Johor sudah mengenal pasti tiga kawasan lintasan gajah di negeri itu iaitu Jalan Kahang-Jemaluang, Jalan Kota Tinggi-Mersing dan Jalan Kluang-Kota Tinggi.