5 lelaki rogol perempuan 15 tahun, bergilir-gilir di Batu Pahat

Kuala Lumpur, Oct 24 – Tindakan kejam lima lelaki disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur secara bergilir-gilir di sebuah asrama di Batu Pahat, pada Isnin lalu, bejaya ditahan polis
Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata,kejadian tidak moral itu terbongkar apabila ibu kepada mangsa berusia 15 tahun membuat laporan polis yang menyatakan anaknya tidak pulang ke rumah selepas sesi persekolahan jam 1.30 tengah hari.
Zulkafli berkata, mangsa pada mulanya berjumpa teman lelaki dan berkeliaran di sekitar Batu Gajah,sebelum berkenalan dengan lelaki baharu dikenali yang kemudiannya mengajak mangsa pergi ke sebuah asrama di situ.
“Mangsa keluar makan bersama dengan kenalan baharu yang kemudian mengajaknya ke sebuah asrama yang turut dihuni lima lelaki lain.
“Mangsa ditawarkan ke sebuah bilik kosong untuk tidur dan berehat sebelum lima lelaki berkenaan masuk ke dalam bilik itu dan merogol mangsa secara bergilir-gilir,” katanya dalam kenyataan satu kenyataan.
Kini, kelima-lima suspek ditahan reman, 23 hingga 28 Oktober ini bagi siasatan lanjut.