Malaysia
5 Sekeluarga Maut Dalam Kebakaran Rumah di Jasin

JASIN:
Lima sekeluarga, termasuk empat kanak-kanak, maut dalam kebakaran rumah di Kampung Berangan Enam, Umbai, awal pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka menerima panggilan kecemasan pada 1.40 pagi dan segera mengerahkan 12 anggota dari Balai Bomba Merlimau dan Padang Temu ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, mereka mendapati rumah separa kekal berkeluasan 20×60 kaki persegi telah terbakar 80%.
“Hasil siasatan awal menemui lima mayat, iaitu seorang lelaki dewasa dan empat kanak-kanak. Seorang lagi lelaki dewasa terselamat,” menurut kenyataan bomba.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.