Malaysia

546 ditahan dengan nilai rampasan dadah lebih RM253,000 di Perak

Seramai 546 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah menerusi Op Tapis yang dijalankan serentak di seluruh negeri Perak bermula Isnin hingga Rabu lepas.

Menurut Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin, operasi tiga hari itu turut berjaya merampas pelbagai jenis dadah dengan nilai keseluruhan lebih RM 253,000.

Katanya dalam satu kenyataan media, suspek yang ditahan berusia lingkungan 19 hingga 65 tahun yang mana 153 orang ditahan atas kesalahan memiliki dadah dan 72 lagi disyaki terlibat dengan pengedaran dadah.

Jelas Datuk Noor Hisam lagi, operasi terbabit turut berjaya menahan lapan individu yang dikategorikan sebagai orang yang dikehendaki.

Serbuan dilakukan di sarang penagih yang dikenalpasti antaranya kawasan Felda, Felcra, Projek Perumahan Rakyat (PPR), perkampungan nelayan dan ladang swasta.

Dadah yang dirampas antaranya heroin seberat 209 gram, syabu 214 gram, ganja 26 gram, ketamin 255 gram, pil eramin 5 283. gram, ekstasi seberat 39 gram, daun ketum 15,500 gram dan 53 liter air ketum.

Penahan turut melibatkan 22 warga asing daripada Indonesia (4), Thailand (2), Myanmar (5), Ukraine (1) dan Kemboja (10).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker