Malaysia

55 motosikal plat MADANI disumbang kepada mangsa letupan Putra Heights

Kementerian Pengangkutan (MOT) dengan kerjasama syarikat korporat Spanco menyumbang 55 unit motosikal Yamaha Ego Avantis 125 kepada penduduk terjejas akibat letupan saluran paip gas di Kampung Kuala Sungai Baru.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, motosikal bernilai RM5,000 seunit itu diberikan bagi memudahkan urusan harian mangsa yang kehilangan kenderaan utama mereka.

Loke berkata, pihak kementerian mengambil inisiatif mencari penaja bagi membantu mangsa dan hasilnya, pihak Spanco tampil menaja semua motosikal berkenaan yang dibeli daripada pembekal motosikal terkemuka tempatan.

Setiap motosikal didaftarkan dengan nombor khas ‘MADANI’, lengkap dengan cukai jalan, insurans setahun, serta topi keledar percuma daripada JPJ.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker