Malaysia
6 rakyat Malaysia ditahan di Thailand, positif dadah, memiliki 6,000 pil kuda
Kuala Lumpur,Nov 4 – Seorang penyanyi dikir barat wanita bersama-sama lima lagi rakyat Malaysia ditahan di selatan Thailand kerana didapati positif dadah, pada 1 November lalu.
Jurucakap polis Thailand berkata, enam individu iaitu tiga wanita dan tiga lelaki akan dibawa ke Mahkamah Narathiwat, hari ini, bagi mendapatkan perintah reman selepas ditahan di lokap polis Sungai Golok.
Katanya,polis turut menemui 6,000 pil kuda bersama suspek serta dua lagi wanita lain pula didapati memasuki Thailand tanpa dokumen yang sah.
Kesemua suspek berusia 25 hingga 32 tahun ditahan kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan di sebuah bilik hotel selepas selesai berhibur.