Malaysia

6 sekeluarga ditemui maut dalam kereta ditarik keluar dari Sungai Korok

ALOR SETAR , Enam individu dipercayai sekeluarga ditemui maut dalam sebuah kereta yang ditarik keluar dari Sungai Korok, dekat Jitra, pagi tadi.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Ahmad Aminuddin Abd Rahim, berkata kesemua mangsa terdiri daripada seorang lelaki, seorang wanita, tiga kanak-kanak dan seorang bayi.

Pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.38 pagi memaklumkan sebuah kereta Proton Iswara kelihatan terapung di sungai tersebut.

“Pasukan bomba bergegas ke lokasi dan berjaya menarik keluar kenderaan berkenaan. Pemeriksaan mendapati enam mayat berada di dalam kereta,” katanya dalam kenyataan.

Proses pengecaman dan pengesahan identiti mangsa sedang dijalankan.

Semalam, Bernama melaporkan enam sekeluarga dilaporkan hilang selepas gagal dihubungi sejak Sabtu lalu. Mereka ialah Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, isterinya Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, dan empat anak mereka berusia antara enam bulan hingga sembilan tahun.

Keluarga itu tidak pulang ke rumah selepas bermalam di rumah saudara di Taman Aman, Jitra.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker