Malaysia

601 banduan dibebaskan untuk beraya bersama keluarga

Seramai 601 banduan dari 34 institusi penjara seluruh negara bakal menyambut Aidilfitri bersama keluarga menerusi Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani.

Program inisiatif Jabatan Penjara Malaysia ini memilih mereka yang digelar sebagai Orang Bebas Berlesen (OBB) setelah memenuhi kriteria ketat, termasuk tingkah laku baik dan penglibatan aktif dalam program pemulihan.

Pelepasan bersyarat ini dibuat berdasarkan Akta Penjara 1995, membolehkan banduan kembali ke masyarakat lebih awal dengan pemantauan rapi.

Sejak diperkenalkan semula pada 2020, program PBSL telah memberi peluang kepada lebih 32,000 banduan untuk menjalani kehidupan baharu secara bersyarat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker