Malaysia

7 wanita Vietnam dikurung, dipukul, dipaksa jadi pekerja seks di Klang

Kuala Lumpur, Oct 23 – Jabatan Imigresen berjaya menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang berdepan detik hitam, dipaksa menjadi pekerja seks,dipukul dan dikurung jika enggan melayan pelanggan di Klang.

Kesemua wanita berusia antara 32 hingga 45 tahun, memasuki negara sebagai pelancong, namun dikurung di premis berkenaan.

Jabatan Imigresen menerusi satu kenyataan memaklumkan

pihaknya menjalankan serbuan itu dengan hasil aduan mengenai premis itu yang dikatakan dikawal ketat oleh lelaki warga Bangladesh yang digelar ‘Kapten’.

“Ketika serbuan jam 11.23 malam itu, premis terbabit dipantau melalui CCTV dan anggota terpaksa memecahkan pintu utama kerana penjaga enggan bekerjasama dan cuba melarikan diri melalui tingkap.

Bagaimanapun lelaki itu akhirnya berjaya ditahan lelaki dan wanita yang diselamatkan itu difahamkan hanya dibayar RM60 bagi setiap pelanggan dan pergerakan mereka dikawal ketat termasuk dilarang keluar membeli makanan dan barang keperluan.

Susulan itu, Jabatan Imigresen mengambil siasatan lanjut bawah Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker