BNM turunkan OPR kepada 2.75 peratus

Bank Negara (BNM) mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75% daripada 3% sebelum ini.
Menerusi mesyuarat jawatankuasa dasar monetari (MPC) yang diadakan hari ini, ia merupakan kali pertama OPR turun di bawah 3% sejak Mac 2023.
Bank pusat itu berkata penunjuk terkini menandakan pertumbuhan global yang berterusan, disokong oleh perbelanjaan pengguna dan aktiviti yang dilakukan lebih awal.
Ia berkata ekonomi Malaysia berada pada landasan kukuh tetapi ketidakpastian perkembangan luaran akan mempengaruhi prospek pertumbuhan ekonomi negara.
Pengurangan OPR merupakan langkah awalan yang bertujuan mengekalkan persekitaran pertumbuhan Malaysia yang stabil dalam keadaan prospek inflasi yang sederhana.
Bank pusat itu berkata prospek pertumbuhan global dipengaruhi oleh ketidakpastian berhubung perkembangan tarif serta ketegangan geopolitik, menyebabkan ketidakpastian yang lebih ketara dalam pasaran kewangan global dan harga komoditi.